Thursday, January 28, 2010

Khadijah - The True Love Story of Muhammad SAW


Kutipan dari buku ini:

" Wahai anak pamanku, aku berhasrat untuk menikah denganmu atas dasar kekerabatan, kedudukanmu yang mulia, akhlakmu yang baik, integritas moralmu dan kejujuran perkataanmu ".
( Perkataan Khadijah ketika MELAMAR Rasulullah )

Allah menganugerahi visi yang jernih dan tekat yang kuat untuk melakukan perlawanan pada tradisi yang salah. Ia memilih sendiri calon suami yang diyakini dapat membawa kebahagiaan kepadanya dan mampu menjaga diri serta mengelola hartanya. Kemiskinan Muhammad tidak menjadi penghalang bagi Khadijah untuk memilih Muhammad sebagai suami.

Khadijah menjadi pelopor bagi upaya memberikan hak pada kaum wanita untuk memilih rekan hidup mereka sendiri. Tidak seorangpun berhak memaksanya untuk duduk manis dirumah, menunggu datangnya lelaki yang melamarnya. Pendapat Khadijah bahwa wanita juga berhak melakukan pendekatan kepada lelaki yang ia inginkan untuk menjadi suaminya.

Dan Khadijah telah membuktikan bahwa dia adalh istri dan sahabat yang ideal bagi Rasul, yang selalu setia mendampingi serta menghibur Rasul dalam setiap kesulitan.

" Tidak. Demi Allah, aku tidak pernah mendapatkan pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Ia yang beriman kepadaku ketika semua orang mendustakanku. Ia memberiku harta pada saat semua orang enggan memberi. Dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperoleh dari istri-istriku yang lain ". ( Perkataan Rasulullah mengenai Khadijah )

Good Book, very very very good for me...
Jika ada wanita yang langsung menerima salam dari Allah, maka Khadijahlah orangnya. Sosok wanita fenomenal yang dipercayakan Allah mendampingi perjuangan hidup idola kaum muslimin (Nabi besar Muhammad SAW). Betapa tidak ? ia adalah wanita terpilih yang mendapatkan pemeliharaan dan bimbingan langsung dari Allah di sepanjang hidupnya. Sehingga penduduk Mekah menjulukinya sebagai ”wanita suci”.

”....Demi Allah, aku tidak pernah mendapat pengantin yang lebih baik daripada Khadijah. Ia yang beriman kepadaku ketika semua orang ingkar. Ia yang mempercayaiku ketika semua orang mendustakanku. Ia yang memberikanku harta pada saat semua orang enggan memberi. Dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperoleh dari istri-siteriku yang lain.” ( HR Ahmad ).
Itulah yang diungkapkan Rasulullah atas kemuliaan Khadijah. Wanita pertama yang meyakini kebenaran risalah suaminya.

Memang benar ya..., selalu ada wanita kuat dibalik laki-laki hebat.

Setelah membaca buku ini..., mungkin bukan hanya Aisyah, tapi akupun ikut cemburu akan kemuliaan akhlaknya.

Khadijah....the true love story of Muhammad. Satu- satunya wanita di dunia yang telah Allah bangunkan rumah di surga (Subhanallah...)

Sangat menyentuh dan melarutkan imajinasi, seolah kita hadir dalam kisahnya.


READ MORE - Khadijah - The True Love Story of Muhammad SAW

Cinta di Rumah Hassan Al Banna - Muhammad Lili Nur Aulia

Align CenterTajuk : Cinta di Rumah Hassan Al-Banna
Karya : Muhammad Lili Nur Aulia
Harga : RM 11.50 Halaman : 92
Penerbit : Pustaka Da'watuna Dibeli di : Pustaka Fajarilmubaru

Bulan ini adalah waktu-waktu yang cukup mencabar. Saya sedang belajar menguruskan masa saya. Itu satu lagi azam saya pada tahun ini. Seperti biasa ada kelas di hujung minggu (Sabtu : 2 petang hingga 10 malam - Ahad : 8.30 pagi - 4.00 petang). Ini bermakna, hari Isnin - Jumaat adalah waktu-waktu mengulangkaji pelajaran. Tetapi setakat ini, saya masih belum lagi berjaya istiqamah mengulangkaji pelajaran saya pada hari-hari yang dimaksudkan itu.

Kerja ( Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.30 petang) yang semakin kurang sibuk tetapi tetap meletihkan juga. Program-program sukarelawan di RAYBP pun sudah bermula. Salah satu hari-hari bekerja, kami meluangkan sedikit masa untuk adik-adik di RAYBP. Kami mengadakan tuisyen di samping program-program lain yang bakal menyusul nanti. Kami mengajar sains dan matematik untuk pelajar Tingkatan 1 - 3. Ini juga bermaksud, kami perlu mengulangkaji mata pelajaran itu semula di rumah, ya kami sudah lupa ! Masalah Bahasa Inggeris tidak payah cakaplah. Kami sekarang ini sedang berfikir bagaimana mahu menangani isu tidak faham Bahasa Inggeris di kalangan mereka.

Masa membaca dan menulis resensi semakin sempit. Ada beberapa buah buku yang tiba di rumah saya. Buku-buku yang perlu diresensikan. Itu amanah saya. Itu tidak termasuk lagi buku-buku milik saya. Boleh tahan juga jumlahnya dan belum dibaca-baca lagi. Entahlah! Saya sedang "tercungap-cungap" ketika ini. Mujur saya akan bercuti panjang yang akan bermula pada 24 Januari sehingga 2 Februari.

Saya berdoa semoga saya dipermudahkan dalam urusan masa saya. Jikalau boleh, saya mahu pandai menguruskan masa seperti tokoh utama di dalam buku ini, Cinta di Rumah Hassan Al Banna. Hassan Al Banna merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang ditubuhkan di Kaherah,Mesir. Beliau telah berjaya membentuk IM setelah 6 bulan menetap di Ismailiyah, sebuah daerah di dalam Kaherah sendiri. Dalam tempoh 15 tahun, cabang IM sudah terdapat di 20 buah negara dan di Kaherah sendiri, ada 2000 cabang IM.

Beliau memang sangat terkenal dengan kesibukan dakwahnya dan kerja-kerja mendidik umat. Antara kata-katanya yang cukup terkenal ialah kewajipan lebih banyak berbanding masa yang ada. Buku-buku perihal Hassan Al Banna juga banyak berkisar tentang perjalanan dakwah beliau atau lebih umunya tentang IM sendiri. Dikatakan tidak banyak cerita-cerita yang dikaitkan dengan ahli keluarga beliau, tentang peranan beliau sebagai seorang ayah, masa beliau bersama keluarga dan bagaimana pola pendidikan beliau dengan anak-anak.

Justeru itu dalam menghasilkan buku ini, tidak banyak rujukan yang boleh diambil untuk melengkapkannya. Rujukan-rujukan untuk Cinta di Rumah Hassan Al Banna sendiri diperolehi daripada hasil wawancara media 4 orang anak Hassan Al Banna, iaitu Wafa, Saiful Islam, Tsana dan Roja'. 3 orang mereka iaitu Wafa, Saiful Islam dan Tsana adalah yang paling lama mendapat pendidikan secara langsung daripada Hassan Al Banna berbanding yang lain iaitu selama 15 tahun. Hassan Al Banna syahid pada usia yang masih muda iaitu ketika berusia 43 tahun dan meninggalkan 6 orang anak ( Wafa berusia 17 tahun pada ketika itu, Ahmad Saiful Islam - 14 tahun, Dr Tsana - 11 tahun, Ir. Roja' - 5 tahun, Dr Halah - 2 tahun dan Dr Istisyhad - lahir pada ayahnya syahid) dan seorang isteri.

Saya sangat tertarik apabila membaca cetusan yang dibangkitkan dalam ruangan pengantar. Kata-kata itu telah membuatkan saya berfikir. Kata-kata itu telah membawa pembaca cuba menyelusuri
sejarah dan memerhatikan kisah ulama dan para salfussoleh. Justeru daripada itu, kita akan mendapati bahawa semua pendidikan asas itu bermula daripada seorang ayah walaupun tanggungjawab mendidik itu lebih sinonim dengan seorang ibu dan ayah pula lebih kepada mencari keperluan rumah. Ibu lebih sinomim duduk di rumah dan dekat dengan anak-anak manakala ayah pula lebih sinonim berjauhan dari anak-anak.

Kisah agung yang diceritakan oleh Allah di dalam al-quran iaitu kisah di antara Nabi Ismail, seorang anak dengan Nabi Ibrahim, seorang bapa, begitu dekat dengan kita sebagai sebuah sejarah pengorbanan agung seorang anak. Namun begitu, penulis cuba membawa pembaca melihat dari sudut pandang yang lain selain daripada isu pengorbanan semata-mata iaitu bagaimana Nabi Ismail boleh mempunyai peribadi yang begitu hebat sedemikian dan sanggup berkorban untuk ayahnya. Jikalau dia melakukan pengorbanan sedemikian kepada ibunya, itu bukan perkara luar biasa kerana memang baginda sangat dekat dengan ibunya, Siti Hajar. Kisah ini sudah cukup menjentik kita bahawa seorang bapa tetap ada peranannya dan caranya tersendiri dalam mendidik anak serta tetap memberi pengaruh yang cukup besar kepada seorang anak.

Saya sendiri terfikir tentang perkara ini dan cuba mengaitkannya dengan keluarga saya. Arwah mak saya ialah seorang suri rumah tangga. Boleh dikatakan setiap masa berada di depan mata saya. Kasih sayang mencurah-curah diberi kepada saya sehingga tidak terkata. Almaklmumlah anak tunggal. Arwah bapa saya pula seorang buruh kasar pembalakan. Arwah bapa akan duduk di kem pembalakan selama lebih kurang 2-3 bulan. Kemudian, baru akan menemui kami di bandar. Tidak lama. Lebih kurang seminggu, arwah bapa akan kembali semula ke hutan. Walaupun jarang-jarang sekali bertemu dengannya, tetapi, boleh dikatakan, hampir kesuluruhan peribadi saya (walaupun peribadi saya tidak sehebat arwah bapa) sekarang adalah hasil daripada binaannya. Bagaimana semua itu terjadi? Ya kerana saya sering memerhatikan peribadinya sejak dari kecil. Segala sifat ayah saya itu terakam penuh di dalam memori dan saya menghadamnya sebelum saya mencontohinya.

Ya betul kata Ibu Wirianingsih, seorang ibu yang mempunyai anak-anak penghafaz quran di mana beliau berkata,
"Yang membentuk mereka semuanya termasuk saya, adalah bapak mereka. Saya hanya pelaksananya sahaja. Ibarat membuat bangunan, suami saya yang membuat kerangkanya, lalu saya yang mengisinya". Mungkin saya boleh rumuskan dengan perkataan lain, "kerana itu pemimpin rumah tangga ialah seorang bapa".


Penulis mengingatkan para pembaca bahawa Cinta di Rumah Hassan Al Banna adalah bukan sebuah buku yang mengandungi kaedah yang paling ideal dalam mendidik anak kerana contoh yang paling ideal itu ialah Rasulullah saw. Tetapi walaupun begitu, buku ini mungkin boleh menjadi pencetus inspirasi seorang ayah dalam memimpin keluarganya!

Hassan Al Banna merupakan anak seorang alumni Universiti Al Azhar. Ayahnya mempelajari Hadits dan Ilmu Fiqh. Diceritakan oleh adiknya Abdurrahman Al Banna, pada zaman mudanya Hassan Al Banna, setiap hari selepas solat, Hassan Al Banna akan membaca jadual harian,
"Pukul 6 pagi adalah waktu mengaji al-quran, pukul 7 waktu belajar tafsir dan hadis, pukul 8 belajar fiqh dan usul fiqh" . Sesudah itu, baru beliau dan adiknya akan ke sekolah. Wah! Saya terkesima. Saya, sebelum ke sekolah, apa yang saya buat ya?

Saya catit poin 1-6 yang saya perolehi sepanjang pembacaan rentetan kisah tarbiyyah Hassan Al Banna bersama anak-anaknya. Ada ayat-ayat yang saya salin terus dan kekalkannya dan ada sebahagian lagi diubah sedikit. Mudah-mudahan ada yang boleh diambil iktibar!

1. Tujuan pendidikan ialah membantu anak dengan memberi persekitaran yang mudah untuk berperilaku baik.
2. Sikap sukses pertama seorang ayah ialah apabila dia mempunyai perhatian yang menyeluruh terhadap anak-anak walaupun dia sangat sibuk.
3. Ibu bapa jangan terus membantu anak-anak menyelesaikan masalah anak tetapi harus cuba melatihnya menghadapi sesuatu masalah, bagaimana memandang sesuatu masalah dan membuat keputusan serta tidak mengandungi sebarang unsur-unsur paksaan tetapi secara rela hati.
4. Ibu-bapa harus berusaha membuatkan anak sering berada dalam situasi mendapat perhatian. Jikalau seorang anak berasa dia berada nombor satu didalam hidup ayahnya, itu adalah modal utama dalam keberhasilan mendidik anak-anak.
5. Kesuksesan ibu bapa ialah apabila dia berjaya melatih anaknya belajar menguruskan kehidupan dan bagaimana mencipta kecermelangan agar tidak tersadai setelah org tua mereka telah tiada.
6.
Tujuan pendidikan ialah mendidik anak agar boleh berdikari dan mampu menghadapi kehidupan dengan realiti serta melatih anak untuk berdiri pada kaki sendiri.

Ya, ini adalah sebahagian kisah-kisah Hassan Al Banna bersama anak-anaknya. Saya cadangkan anda perlu membacanya secara langsung daripada buku Cinta di Rumah Hassan Al Banna sendiri. Lebih ada aura. Sebak juga saya sepanjang proses pembacaan. Bukan sebak apa, tetapi lebih kepada kagum, "Ya Allah caring nya lelaki ini".

Hassan Al Banna akan cuba sedaya upaya makan bersama dengan keluarganya. Jikalau ada tetamu (mungkin tetamu di pejabat IM maksudnya) , dia akan mengajak tetamu itu makan di rumah agar boleh sempat bersarapan bersama keluarganya. Begitu juga dengan soal bercuti. Beliau akan merancang perjalanan dakwahnya agar seiring dengan waktu bercuti. Contohnya, apabila musim panas, dia akan merancang perjalanan dakwah ke bahagian utara agar mereka boleh melalui satu daerah ke satu daerah sambil bercuti. Apabila musim dingin pula, beliau akan merancang perjalanan dakwahnya ke bahagian selatan agar beliau boleh balik hari.

Hassan Al Banna seorang yang berperwatakan lembut terhadap anak-anak. Tiada suara keras di dalam rumahnya jikalau anak-anaknya melakukan kesalahan. Dia juga bukan seorang yang cepat memberi respon negatif apabila anaknya melakukan kesalahan. Saiful islam mengatakan hukuman yang paling berat diterimanya ialah telinganya dipusing. Ketika itu, ada kesalahan yang dilakukannya. Kemudian pada kira-kira pukul 11 pagi, Hassan Al Banna menefonnya dan cuba mengeratkan semula perhubungan mereka.

Begitu juga, apabila dia membaca buku-buku komik yang mengandungi cerita cinta, ayahnya tidak memarahinya dan mengatakan buku itu tidak bagus. Tetapi, ayahnya menunggu dia menghabiskan dahulu buku komik itu dan pada keesokan harinya, Hassan Al Banna baru memberinya beberapa buah buku pahlawan-pahlawan Islam seperti Salahuddin Al Ayubi. Lama kelamaan Saiful Islam sendiri meninggalkan pembacaan buku-buku komik itu secara rela hati dan bukan kerana desakan daripada ayahnya.

Tsana juga mengatakan, ayahnya pernah memarahinya kerana tidak memakai sandal apabila keluar rumah. Setelah tetamu pulang dari rumah mereka, Hassan Al Banna memanggilnya dan menyuruhnya duduk di sebuah kerusi. Kemudian ayahnya memukul kakinya setiap satu dengan 10 kali menggunakan pembaris kecil. Kata Tsana, dia mahu tergelak, kerana pukulan itu tidak sakit langsung.

Hassan Al Banna mempunyai 8 orang anak. Dalam hayatnya, 7 orang sempat dilihat oleh Hassan Al Banna. Seorang lagi lahir pada hari dia syahid. 2 orang anaknya lagi meninggal pada usia masih kecil. Setiap orang anak-anaknya itu ada map ( map ini , mungin di sama maknakan dengan fail) sendiri yang berada dalam simpanannya. Setiap map itu mengandungi maklumat-maklumat pelajaran dan kesihatan. Contohnya seperti
, haribulan dan sejarah kelahiran, jadual pemberian ubat dan makanan, berapa lama anak makan ubat itu, berapa banyak dos yang diminum, adakah semua ubat sudah dihabiskan, anak-anal lemah dalam subjek apa, anak-anak perlu dibantu dengan material apa, surat keterangan doktor, ijazah, prestasi anak-anak dan sebagainya lagi.

Beliau akan cuba membantu meningkatkan pemahaman anak-anaknya dalam pelajaran dan
mempunyai hubungan yang baik terhadap guru anak-anaknya . Saiful Islam lemah dalam matapelajaran Bahasa Arab. Dia menceritakan, pada suatu hari guru bahasa arabnya, Ustaz Ali menyuruh mereka membeli buku tulis dan menulis syair-syair pilihannya pada buku itu. Sesiapa yang menulis paling banyak syair arab, akan mendapat hadiah. Saifu Islam pun berlumba-lumba menulis syair arab untuk mendapatkan hadiah itu. Pada hujung tahun, baru dia tahu, rupanya idea menulis syair itu dicadangkan oleh ayahnya kepada guru bahasa arab sebagai satu kaedah untuk membantunya menguasai mata pelajaran itu.

Bukan itu sahaja, Saiful Islam juga menceritakan jikalau Hassan Al Banna pulang pada waktu malam, beliau akan sembang-sembang dengannya dan bertanya tentang pelajaran. Beliau akan membuat kerja-kerja sekolah dan mengajar matematik. Malah Hassan Al Banna sendiri mempunyai orang-orangnya untuk memantau serta meminta mereka menerangkan subjek pelajaran kepada anak-anaknya.


Roja' menceritakan ayahnya sering membawakannya bekal makanan ke sekolah. Roja pada ketika itu berusia 5 tahun. Roja selalu lupa membawa bekalan makanan ke sekolahnya dan kekadang makanannya juga akan diambil oleh orang lain. Oleh itu, Hassan Al Banna risau anaknya tidak akan makan pagi. Lalu setiap hari dia akan membawa makanan itu ke sekolah.

Hassan Al Banna juga sangat prihatin terhadap keperluan rumah. Walaupun isterinya seorang suri rumah, tetapi dalam kesibukannya, dia juga turut terlibat di dalam menyediakan keperluan keluarga. Dia sendiri akan menuliskan keperluan keluarga dan memberi wang kepada pemilik kedai pada setiap bulan di atas barang-barang keperluan rumahnya. Punyalah teliti Hassan Al Banna,
dia boleh tahu sesetengah makanan yang cuma ada pada musim tertentu, dan siap memantau bila bahan-bahan itu akan dijual di pasar. Kemudian, jikalau ada, Hassan Al Banna akan membelinya. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya kerana dia tahu isterinya sibuk mengurus rumah. Wah!

Saya kagum lagi dalam satu perkara ini. Hassan Al Banna memberi jumlah wang yang banyak juga kepada anak-anaknya. Perbelanjaan anak-anaknya dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu wang harian untuk makanan sebanyak 3 qirsy, wang mingguan sebanyak 10 maadin dan wang bulanan sebanyak 50 qirsy.

Hassan Al Banna tidak menyimpan wang. Apabila ditanya, dia mengatakan, semua wangnya diinfakkan. Anak-anaknya juga dilatih untuk berinfak. Wang mingguan sebanyak 10 maadin itu adalah untuk diinfakkan pada setiap hari Jumaat. Saiful Islam mengatakan, ayahnya akan menghantar seorang mata-mata untuk melihat adakah betul anaknya menginfakkan duit itu.

Duit sebanyak 50 qirsy itu pula adalah duit untuk membeli buku. Di rumah mereka ada perpustakaan khusus untuk setiap anak-anak dan mengandungi buku-buku kesukaan mereka.
Apabila ditanya kepada Saiful Islam adakah tidak melampau ayahnya memberikan jumlah duit yang banyak kepada anak-anaknya, lalu dijawab Saiful Islam dengan mengatakan bahawa bukan masalah sikit atau banyak, tetapi lebih kepada bagaiman pola pendidikan dan pembinaan anak-anak dilakukan di rumah. Jikalau anda baca betul-betul kaedah pendidikan yang diterapkan oleh Hassan Al Banna kepada anak-anaknya, anda akan perasan Hassan Al Banna banyak memberi kepercayaan kepada anak-anaknya.

Pengalaman saya sendiri, kerana arwah mak dan bapa seorang yang suka mempercayai saya, membuatkan saya tidak sampai hati untuk menipu mereka. Apabila kedua ibu-bapa mempercayai anaknya, seorang anak itu akan berasa dirinya, secara psikologi, sangat dihargai dan dia akan berniat tidak akan sama sekali menghancurkan hati mak ayahnya. Itulah yang terjadi kepada saya.

Hassan Al Banna sering saja cuba mengajar anaknya secara tidak langsung. Contohnya, dia mahu mengajar anaknya cara membaca quran dengan cara yang betul. Pada suatu hari, ayahnya memanggil Wafa dan Tsana. Katanya, "Aku mulai membaca dari ayat ini, perhatikan mana yang salah".

Pernah satu ketika Saiful Islam bertanya kepada ayahnya, "
Apa yang akan kita lakukan menghadapi Inggeris apabila mereka tidak mahu meninggalkan Mesir?. Lalu dijawab Hassan Al Banna, "Kami akan mengirimmu bersama pasukan untuk mengusir mereka dengan kekuatan". Sejurus selepas itu, Hassan Al Banna memeluk Saif.

Sebenarnya, Hassan Al Banna melakukan perkara yang biasa-biasa sahaja dalam soal melayan anak-anaknya, tetapi kesan biasa-biasa itu begitu mendalam tinggal pada anak-anaknya. Contohnya pelukan kepada Saiful Islam sebentar tadi. Saiful Islam mengatakan kehangatan pelukan itu masih tetap terasa walapun ayahnya sudah lama meninggalkan mereka. Berkali-kali anak-anak Hassan Al Banna di dalam Cinta di Rumah Hassan Al Banna menegaskan bahawa mereka mematuhi ayah mereka bukan kerana takut, tetapi kerana sangat sayang pada ayah mereka. Walaupun ayah mereka sangat sibuk dan jarang berada di rumah, tetapi, masanya yang sedikit di rumah itu sudah cukup membuatkan mereka sangat dihargai dan bermakna.

Satu lagi kisah yang membuatkan saya gelak dalam kekaguman. 2 orang anak Hassan Al Banna telah meninggal pada usia masih kecil kecil lagi. Muhammad Hisamuddin menderita penyakit tipus. Sebelum kematiannya, isteri Hassan Al Banna pernah didatangi oleh seorang yang berjubah putih dan berserban hijau. Orang itu mengatakan akan membawa pergi Hisamuddin dalam tempoh 15 hari. Tepat 15 hari seperti yang dikatakan orang itu, Hisammuddin pun meninggal.


Perkara yang sama berlaku kepada anaknya Shofa. Orang itu mendatangi isteri Hassan Al Banna lagi dan mengatakan akan membawa pergi Shofa dalam tempoh 4 hari. Isterinya menceritakan perkara itu kepada Hassan Al Banna. Mahu tahu apa yang dikata dan dilakukan oleh Hassan Al Banna? "Kita dikunjungi malaikat yang mulia". Hassan Al Banna sujud syukur selepas itu dan memanggil Ustaz Sa'duddin untuk mengambil gambarnya bersama Shofa. Subhannallah. Begitu hebat tahap pergantungan kepada Allah!

Pada tahu 1948, IM terlibat dengan perang membantu Palestin. Pada ketika itu ada 12 orang IM gugur . Pada hari itu iaitu sehari sebelum menyambut Syawal, isterinya membuat roti. Lalu Hassan Al Banna berkata, "Ya Ummu Wafa , apakah engkau akan tetap membuat roti, sedangkan ada 12 belas orang dari kader-kader al ikhwan yang gugur di Palestin". Sejak dari hari itu. walaupun setelah kepergian Hassan Al Banna, Ummu Wafa tidak pernah membuat roti di rumahnya.

Beli dan bacalah buku ini. Mudah-mudahan kita boleh sama-sama mencipta sebuah keluarga yang sakinah. Melalui resensi saya ini, saya khuatir, aura dan kehebatan buku ini tidak terjelma. Buku ini tidak hebat, tetapi kisah Hassan Al Banna bersama anak-anaknya itu cukup hebat. Memetik kata-kata penulis, ya, Hassan Al Banna bukanlah tokoh yang paling ideal dalam pendidikan anak-anak dan keluarga kerana suri tauladan kita yang sebaik-baiknya ialah Rasulullah saw, tetapi, kaedah-kaedah yang dimainkan oleh Hassan Al Banna yang dikongsikan melalui buku ini boleh menjadi inspirasi kita !

Wallahu alam

sumber : sini
READ MORE - Cinta di Rumah Hassan Al Banna - Muhammad Lili Nur Aulia

Tentara Allah










Tentara Allah

Maha suci Tuhan mempunyai tentara yang banyak
Ada yang dapat dilihat
Ada juga yang sebaliknya
Ada tentara yang nyata
Ada tentara yang tidak dapat dilihat seperti Malaikat
dan juga Rijalul Ghaibnya
Mereka itu bertaburan dan juga bertebaran
Jika diarahkan untuk bertindak
Tiada siapa yang dapat menghalang
Gunung-gunung yang gagah
Adalah tentara Allah
Angin petir juga tentara
Yang memusnah apa saja
Air adalah tentara yang membawa kereta kebal
Yang merempuh apa yang dihadapannya
Tentara inilah yang telah menghapuskan
kaum yang ingkar
Di zaman Rasul, Nabi dan juga umat dahulu
Yang telah memusnahkan kaum Luth yang durhaka
Yang telah menenggelamkan Fir’aun
dan orangnya yang angkuh
Tentara ini akan bertindak
Apabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut tentara Tuhan
Karena tiada yang dapat menghalang

( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )

READ MORE - Tentara Allah

Tuesday, November 17, 2009

DOA SEORANG KEKASIH...

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku,
Satukan hatinya dengan hatiku….
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah, Ya tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayani hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…..
Seandainya telah Engaku taqdirkan dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar ku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah Yang Tercinta…..
Cintailah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah, ya Tuhanku….
Pasrahkanlah diriku dengan taqdirMu
Sesungguhnya apa yang Engkau taqdirkan adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah….
Cukuplah Engkau saja yang menjadi Pemeliharaku di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambaMu yang dhoif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau ridhoi
Dan karuniakanlah kepada kami keturunan yang sholih….
Aamiin…..

la juga tidak nulis menulis blog.. yah waktu... waktu, hope i can control the time..
sebuah doa, puisi, yang.. menurut saya bagus.. dalam.. dan sebuah kepasrahan yang total kepada sang Khalik.. aku peroleh dari temen... seperti biasa, syukron jazakillahu khoiron katsiron.. aku juga menyukai isinya.
READ MORE - DOA SEORANG KEKASIH...

Tuesday, September 29, 2009

My Iedul fitri 1430 H







ini adala banner desain untuk acara Halal Bihalal kelauarga besar dari Bani Mushlih - Sumarni. mereka adalah cikal bakal dari keluarga besar mbahku mbah Jamik- sukin. yang pada akhirnya melahirkan 8 putra yang salahsatunya adalah ayahku. jadi ini acara Halal bihalal Keluarga besar dari jalur Ayah. sekarang sudah sekitar 200 personel keluarga ( wah banyak ya ) Halal bihalal ini adalah putaran yang kedua.



Nah, kalo ini Halal Bihalal dari keluarga besar ibuku, dari bani Karwi dan Nasmi, sudah berjalan selama 13 putaran, artinya sudah sejak 13 tahun yang lalu. jumlahnya juga hampir sama 200an personel.

Nah, kalo ini adalah photo cucu dari dinasti Jamik-Sukin (alm) atau dari mbahku, silsilahnya aku saja belum hafal, sampai dibuat buu silsilahn keluarga besar sendiri.


dan ini seluruh anak dan cucu dari keluarga dinasti " Tam soe Kin" alias mbah jamik-sukin (alm) banyak yah...
-------------------------------------------------
ini adalah sebagian cerita dan penggalan episode lebaran 1430 H kemarin....












READ MORE - My Iedul fitri 1430 H

Tuesday, August 25, 2009

Jangan paksa aku ungkapkan rasa cinta ini kepadamu…

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ini adalah cerita yang sudah sangat melegenda:


Tentang Julius Caesar, kaisar Romawi yang rela kehilangan kehormatan, kesetiaan dan bahkan negaranya demi si Ratu Penggoda: Cleopatra.

Semua dia lakukan (kata ahli sejarah)...atas nama cinta


Ini kisah tentang pemuda bernama Romeo, demi seorang wanita, rela kehilangan keluarga, dan tentu saja nyawa... tetap saja: atas nama cinta


Satu lagi.., seorang janda bernama Khadijah, yang rela mengorbankan segalanya demi membela pemuda bernama Muhammad, yang dia yakini membawa risalah Tuhannya.

Ini juga: atas nama cinta –


kata Jalaluddin Rumi- "Cinta akan membuat yang pahit menjadi manis, dengan cinta tembaga menjadi emas, dengan cinta yang keruh menjadi jernih, dan dengan cinta... sakit menjadi obat, dengan cinta yang mati akan menjadi hidup dan cintalah yang menjadikan seorang raja menjadi hamba sahaya, dari pengetahuanlah cinta seperti tumbuh..."


'Afwan, aku bukan pujangga yang hendak membahas tentang cinta. Aku juga tidak sedang mencampuri urusan orang lain (Aku hanya ingin memposisikan diri sebagai seorang saudara.. yang wajib hukumnya untuk mengingatkan saudaranya dan saya pribadi yang mungkin...salah langkah).


Bila aku salah, atau... artikel ini tak berkenan, mohon maaf.


Itu saatnya aku untuk dikritisi... karena orang besar adalah orang yang menjadikan kritikan sebagai bahan pelajaran.


Saat ini, aku khawatir cinta datang bukan pada saat yang tepat. Karena masing masing kita belum siap dengan cinta.


Tolong, mari pahami arti cinta seperti pemahaman Umar Al Faruq:

seperti induk kuda yang melangkah hati-hati karena takut menginjak anaknya (afwan, bener ini ya riwayatnya?) . Bukan mengajak kami ke bibir neraka.


Dengan SMS-SMS pengingat, ungkapan-ungkapan simpati dan kekaguman, tasiyahmu yang mendayu, suara merdumu di telepon, dan hadiah-hadiah ungkapan cinta. Yang seharusnya tidak aku terima.


Tolong, aku hanya ingin menjaga diri. Menjaga amalku tetap tertuju pada-NYa. Karena janji Allah itu pasti.


Wanita baik hanya diperuntukkan laki-laki baik.

Jangan ajak mataku berzina dengan memandangmu.

Jangan ajak telingaku kami berzina dengan mendengar suaramu.

Jangan ajak tanganku berzina dengan menerima hadiah kasih sayangmu.

Jangan ajak kakiku berzina dengan perhatianmu.

Jangan ajak hatiku berzina dengan berkhalwat denganmu.


Ada beda...persahabatan sebagai saudara, dengan hati yang sudah terjangkiti virus.....


Beda itu bernama "rasa" dan "pemaknaan". aku bukannya tidak berperasaan atau tida bisa memaknai cinta. Aku hanya ingin rasa dan makna itu hadir pada saat yang tepat.

Bukan, bukan seperti itu yang dicontohkan Rasulullah SAW.

Kamu pastinya paham bahwa Aku memang bukan Mush'ab, Kamu juga tahu Aku juga tak sekualitas Yusuf, Aku juga bukan Arjuna dan tak perlu berlagak seperti Casanova.

Oleh karenanya tidak ada yang perlu kau kagumi dari diriku.


Karena Islam sudah punya jalan keluar yang indah:

segera menikah atau jauhi wanita dengan puasa , terlebih karena kurangny kesiapanku aku lebih memilih untuk menunggu. Jangan paksa aku menyatakan cinta, Karena Ali bin Abi Thalib saja butuh waktu bertahun-tahun baru berani mengatakan cinta kepada Fathimah, itupun setelah beliau menikah.


Bukan karena dia pengecut, tentu saja justru karena dia adalah

laki-laki

kualitas

surga... dan aku ingin mencontohnya dalam cinta.


Tolonglah, Aku tidak ingin menyakiti hati calon suami kamu yang sebenarnya. Mereka berusaha untuk menjaga hijab, agar datang kepadamu dalam kondisi suci hati, tetapi kamu malah menjajakan cinta kepada laki-laki yang belum tentu menjadi suamimu.


Maaf karena aku tidak berani menjamin bahwa Aku adalah calon suamimu sebenarnya?


Bukankah akan lebih indah bila kita bertemu dengan jalan yang diberkahi-NYA? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dalam kondisi diridhai-NYA?


Bukan cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yang juga bebas dari maksiat.


Allah Maha Pencemburu, dan DIA Maha Memiliki kita,


so...aku memilih, hanya akan ’meminta’ dan menyatakan cintaku kepada-Nya sebelum meminta dan menyatakan cintaku padamu.


Wassalamu'alaikum Warahmatullah

READ MORE - Jangan paksa aku ungkapkan rasa cinta ini kepadamu…

5 artikel terbaru

sapa saudaramu...


ShoutMix chat widget

rekan Facebook

arsip bacaan